top of page
Program
HPKL Logo Blue.png

Hari Penyerahan Kad Laporan atau Hari Terbuka dianjurkan berikutan kepada Ujian Penilaian yang dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Ujian Penilaian pada bulan Mac, Mei dan Oktober sekaligus dapat mengukur tahap pemahaman murid-murid sepanjang sesi pembelajaran di Pusat Tuisyen. Setelah murid menduduki sesi ujian, ibu bapa dapat mengetahui prestasi anak-anak dan memberikan pandangan dalam memastikan Pusat Tuisyen dapat membantu murid-murid ini untuk berjaya kelak.

Hari Penyerahan Kad Laporan yang berjaya dianjurkan hampir 3 tahun ini berjaya mendapat sambutan ibu bapa yang baik berikutan prestasi murid yang melonjak naik selepas sesi ujian penilaian yang dijalankan.

Ujian penilaian adalah merangkumi Ujian Penilaian Penggal 1 (UPP1) , Ujian Penilaian Penggal 2 (UPP2) dan Ujian Penilaian Akhir Tahun (UPAT) .

Maraton Sifir
MS Logo.png

Program Maraton Sifir yang dianjurkan hampir 2 tahun dianjurkan tatkala dalam membantu dan melatih murid-murid untuk mahir dengan sifir. Sifir menjadi komponen utama dalam subjek Matematik. Tanpa konsep sifir yang kuat, murid akan mengahadapi masalah dalam menjawab soalan Matematik.

Pecutan SPM
PSPM Logo Blue.png

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar Tingkatan 5 sebelum melangkah ke alam Universiti. Dalam memastikan calon-calon SPM ini bersedia untuk menghadapi peperiksaan, mereka akan dibekalkan dengan satu program insentif Pecutan SPM yang dianjurkan 2 bulan sebelum Peperiksaan sebenar.

Testimoni dan Ulasan

VIDEO PEMBELAJARAN

Video Pembelajaran

UJIAN PENILAIAN PENGGAL 2

PADA 20 SEPTEMBER 2021 - 08 OKTOBER 2021 PUSAT TUISYEN KAMI TELAH MENJALANKAN SESI UJIAN PENILAIAN KEPADA SEMUA MURID YANG TERLIBAT. BERMULA DARI TAHUN 2 HINGGA TINGKATAN 5 

UPP 2 (3)
UPP 2 (2)
upp 2
UPP 2 ( 1 )
bottom of page